Pengguna yang bijak mampu membuat keputusan yang BIJAK !!

11 October 2011

Tanggungjawab Pengguna


Pengguna-pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu:

Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.


Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

3 October 2011

TIPS KETIKA MEMBELI BELAH

FIKIR terbih dahulu apa barangan yang ingin dibeli, tahap keperluannya dan  buat BELANJAWAN

* Pilihlah barangan BUATAN MALAYSIA! ingat kikiskan stereotyping bahawa barangan import lebih baik dan berkualiti, produk Malaysia pun apa kurangnya!..

* Pastikan barangan dalam KEADAAN BAIK tin tidak kemek,plastik tidak terbuka dan kuantiti mancukupi.

* Semak LABEL HARGA jika ada PILIHAN bandingkan harga, pilih yangberpatutan

* Periksa TARIKH LUPUT

* Buatlah PILIHAN YANG BIJAK ingat hak anda sebagai pengguna!

* SEMAK logo atau cop yang sepatutnya pada barang atau makanan dlm tin contohnya cop
HALAL atau SIRIM

CONTOH LOGO HARI PENGGUNA



CONTOH-CONTOH KES YANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNA






HAK PENGGUNA

JENIS HAK PENGGUNA
KETERANGAN HAK-HAK PENGGUNA

Hak mendapat keperluan asas
-Wajib mendapat makanan,pakaian dan rumah

Hak mendapat keselamatan
-Menggunakan barang yang tidak membahayakan kesihatan dan kecederaan

Hak mendapat maklumat
-Mendapat maklumat tetap dan lengkap sesuatu barang yang ditawarkan.

Hak membuat pilihan
-Mempunyai kebebasan memilih barang

Hak mendapat ganti rugi
-kerugian atas kecuaian peniaga bagi barang yang digunakan boleh dituntut pampas an

Hak bersuara
-Membuat aduan dan teguran melalui wakil yang digunakan boleh dituntut pampas an

Hak mendapat pendidikan pengguna
-Diberi pendedahan kaedah berbelanja yang bijak dan bertindak sebagai penggun yang rasional

Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-Kesedaran mendapat persekitaran yang bersih dan amalan menjaga kebersihan alam.


KONSUMERISME


Adakah anda semua tahu apa itu KONSUMERISME? Kita sebagai pengguna harus mengetahui  apakah itu konsumerisme.
Maksud konsumerisme:-
*Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan dan juga pengguna.
*Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup meningkat.

Matlamat konsumerisme:-
*Melindungi hak pengguna
*Mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
*Membina kualiti kehidupan yang lebih baik

Maksud pengguna:-
*Orang menggunakan barang bagi memenuhi keperluan dan kehendak.

Amalan perniagaan yang tidak sihat:-
*Mengenakan harga yang tidak berpatutan
*Membuat iklan yang mengelirukan
*Menawar barang berkualiti rendah
*Menjual barang yang tidak selamat

TRIBUNAL PENGGUNA

Latar Belakang
-Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.
- Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.

 Objektif Penubuhan Tribunal.
- Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
- Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa di bawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah di antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawap terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.
- Memahami hakikat ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

Bidang Kuasa Tribunal
- Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar
(a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti yang diperuntukkan di bawah Akta;
(b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;
(c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
- Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.

- Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan:
(a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
(b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
(c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah atau apa-apa francais; dan
(d) yang mengandungi pertikaian mengenai -
i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
ii. nama baik (good will);
iii. apa-apa hak dalam tindakan;
iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain
(e) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
- Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.