Pengguna yang bijak mampu membuat keputusan yang BIJAK !!

3 October 2011

PEMBUKA KATA

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman blog ini. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi melawati blog ini. Kami dari Kelab Pengguna Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Kelab Pengguna DPR) ingin berkongsi segala aktiviti kami sebagai Kelab Pengguna dan juga hak kita sebagai seorang  pengguna di negara ini.  
    Alhamdulillah blog ini dapat dibuat dengan jayanya. Moga ianya akan memberi  manfaat kepada kita semua. Sebagai negara yang mengamalkan cara demokrasi maka setiap pengguna mempunyai hak sebagai seorang pengguna. Kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita mengamalkan amalan demokrasi maka setiap orang mendapat hak sebagai seorang pengguna.
      Marilah kita bersama-sama menegakkan hak kita sebagai seorang pengguna dan marilah juga kita menjadi pengguna yang bijak di negara kita ini :')